Tuesday, August 17, 2010

SWR & SWL

Radio gelombang pendek(SWR) adalah jalur gelombang radio yang mempunyai ramai pendengar(SWL)tersendiri sejak dahulu hingga kini.Gelombang radio ini dapat dipancar dan diakses dimerata pelusuk negara. Meskipun teknologi radio semakin canggih namun jalur ini tetap menjadi pilihan kebanyakan stesen radio menghebahkan informasi merentasi sempadan negara,walaupun kualiti audionya tidak sebaik mode FM/FM stereo.DiMalaysia juga setesen RTM masih lagi memancarkan siaran nasionalnya keluar negara melalui jalur 49m.Kebanyakan masih lagi memancarkan siaran dalam bahasa melayu dan bahasa Indonesia. Siaran yang dapat diakses buat masa ini ialah: Russia,Jepun,China,Korea Selatan,Guam,Belanda German,Autralia,New Zealand,Voice of America,Arab Saudi. Setesen radio tersebut boleh diakses pada jalur 16m,25m,31m.Siaran bermula antara jam 6.30am hingga 11.00am waktu malaysia.Penulis berasa teruja dengan hobi ini kerana mendapat rakan yang mempunyai minat yang sama dalam aktiviti SWR ini. 9W2BMS saudara Bakri dari Sik seorang yang gemar mengumpul radio lama.Sememangnya penulis cukup fanatik dengan radio lama lebih lagi radio yang beropersi menggunakan tube.Memang sukar diperolehi barangan tersebut pada masa ini.

Lebih mendapat perhatian lagi bila melayari kelab radio antik dari luar negara yang mana radio lama ini masih lagi beroperasi dalam keadaan baik.Sekiranya ada rakan di Malaysia ini yang mempunyai minat yang sama boleh menghantar info ke: farsiti506@gmail.com


Monday, March 8, 2010

10 pesanan Imam Shafie

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara: Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada. Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH Hak kpd kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan. Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah. Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak. Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat. Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH. Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Monday, March 1, 2010

Persahabatan

Maksud persahabatan bukanlah kerana hendak berkumpul-kumpul dan bercengkerama,untuk berenak-enak makan dan berpuas-puas minum. bukan berganti-ganti membayarkan harga makanan di warung kopi.Sebab kalau hanya demikian sifat persahabatan,maka tukang-tukang penyeluk saku, pencuri dan pembongkar barang kepunyaan orang lain,bukan main setia persahabatannya; sampai apabila seseorang tertangkap dan masuk penjara,maka yang tinggal itu yang membayar harga makanan untuk anak dan isterinya.

Maksud persahabatan ialah untuk sama-sama memperhaluskan tujuan hidup ,memperdekatkan antara satu jiwa dengan jiwa yang lain yang telah terdapat kesesuaian didalam satu perkara,sehingga dapat didamaikan didalam perkara yang belum cocok. Apabila terdapat kesalahan pada seorang musuh,orang berniat untuk melepaskan sakit hatinya kepada musuh itu dengan jalan membongkar-bongkar kesalahannya dan menghina-hinakannya.

Tetapi apabila terdapat kesalahan pada seorang teman,dapatlah dilakukan teguran dengan jalan yang terus terang dan jujur.Satu teguran daripada seorang sahabat yang setia,pada suatu kesalahan,orang tidak enggan mengubahnya dan surut daripadanya.Tetapi apabila seorang musuh datang menghina disebabkan satu kesalahan,kadang-kadang orang tetap mahu pada kesalahan itu,walaupun apa yang akan terjadi.Itulah sebabnya maka ahli-ahli fikir kerap pusing kepala melihat memikirkan kehidupan dunia ini.

Beberapa syarat untuk mengekalkan persahabatan mengikut cerdikpandai, supaya persahabatan kekal lama usianya sehingga badan hancur dikandung tanah.Hendaklah diketahui bahawa kita bersahabat dengan manusia,bukan malaikat tentu kesalahannya tetap ada padanya.Maka sekiranya mencari sahabat yang yang tidak ada salahnya,atau terus memutuskan persahabatan kerana terdapat padanya kesalahan,alamat didunia ini kita tidak akan mendapat sahabat. Para ilmuan juga berkata,bahawasanya persahabtan yang akan kekal ialah jika kedua belah pihak sudi berkorban untuk yang lain,jangan sampai yang seorang sahaja yang senantiasa disuruh berkorban sedangkan yang seorang lagi tidak mahu.

Orang yang berakal tidak mahu berkawan dengan orang yang rendah budi,sebab orang yang rendah budi umpama ular.Badannya cantik tapi membelit,lidahnya halus tapi bercabang dua,kepalanya tidak runcing tetapi penuh berbisa.Dia masuk kerumah kita diam-diam.Bersahabat jangan kerana mengharapkan sesuatu.Jangan pula kerana takut kena apa-apa.Persahabatan orang budiman sesama budiman,tidak berkehendakan pada pertemuan setiap hari.Sebab ada orang yang bersahabat hanya bertemu sekali seumur hidup,dan ada pula yang tidak pernah bertemu selama-lamanya.