Friday, March 1, 2013

RADIO AMATUR @ HAMS



MENGAPA radio amatur  dipanggil "Hams"
Dari Florida   Majalah - 1959


Pernahkah anda terfikir mengapa radio amatur dipanggil "Hams"? Perkataan "HAM" seperti yang digunakan tahun 1908 adalah panggilan stesen stesen amatur pertama wayarles yang dikendalikan oleh beberapa amatur Kelab Radio Harvard. Mereka ALBERT S. Hyman, BOB ALMY, dan POOGIE MURRAY. Pada mulanya  stesen mereka dipanggil"Hyman-ALMY-MURRAY". Nama yang panjang dalam kod  meletihkan dan dipanggil untuk revision.Kemudian mereka merubah kepada "HYALMU", menggunakan dua huruf pertama setiap nama-nama mereka. Pada awal  tahun 1910 beberapa kekeliruan menyebabkan antara isyarat daripada amatur wayarles stesen "HYALMU" dan sebuah kapal Mexico bernama "HYALMO". Mereka memutuskan untuk menggunakan hanya huruf pertama setiap nama, dan panggilan stesen mereka bertukar menjadi "HAM".


Pada peringkat awal (perintis)  radio dikawal, pengendali amatur memilih frekuensi mereka sendiri dan isyarat panggilan. Kemudian, seperti sekarang, beberapa amatur mempunyai isyarat yang lebih baik daripada stesen komersial. Gangguan yang terhasil mendapat perhatian jawatankuasa kongres di Washington . Kongres memberikan banyak masa kepada undang-undang yang dicadangkan .Digubal  secara kritikal menghadkan aktiviti radio amatur.


Pada tahun 1911, Albert Hyman memilih PENGAWALSELIAAN WIRELESS BILL( kontroversi) sebagai topik untuk tesisnya di Harvard. Pengajar beliau menegaskan bahawa satu salinan dihantar kepada Senator David I. Walsh, ahli jawatankuasa pendengaran rang undang-undang itu. Senator begitu kagum dengan tesis tersebut. Dia menjemput Hyman untuk hadir di hadapan jawatankuasa. Albert Hyman mengambil pendirian menggambarkan bagaimana stesen kecil dibina .Dia hampir menangis dan memberitahu bilik jawatankuasa (yang penuhsesak) bahawa jika rang undang-undang itu dilaksanakan, mereka akan mempunyai kuasa untuk menutup stesen, kerana mereka tidak mampu membayar yuran lesen dan semua yang lain. keperluan yang keterlaluan mengikut  rang undang-undang yang dikenakan pada di stesen radio amatur.


Perbahasan Kongres bermula pada RANG UNDANG-UNDANG PERATURAN WIRELESS dan stesen kecil "HAM" menjadi simbol bagi semua stesen.Stesyen radio amaturyang kecil  di negara ini menangis mohon diselamatkan dari ancaman dan ketamakan stesen besar komersial yang tidak mahu mereka beroperasi di sekitar. Rang undang-undang itu akhirnya sampai ke tingkat Kongres dan setiap penceramah bercakap tentang "... miskin stesen HAM sedikit". Itulah bagaimana ia semua bermula.


Anda akan mendapati keseluruhan cerita dalam Rekod Kongres. Publisiti Nationwide dikaitkan station "HAM" dengan pengendali radio amatur. Dari hari itu hingga kini, dan mungkin hingga akhir masa radio amatur adalah "HAM".______Malangnya bagi cerita ini, tiada rekod keluar. Salah seorang presiden  ARRL yang melakukan penyelidikan meluas dalam usaha untuk mengesahkan cerita ini. Tiada apa-apa dalam rekod Kongres tentang HAM stesen  kecil . Tiada apa-apa dalam rekod akhbar kontemporari. Dan tidak ada rekod Hyman, Almay, atau Murray di Harvard pada masa ini dicatatkan. Cerita ini pertama kali muncul dalam penerbitan amatur pada tahun 1948, dan nampaknya tidak mungkin mati. Tetapi ia nampaknya tidak mempunyai asas fakta.
Satu lagi Kisah di bawah.________"Ham: pengendali miskin A 'plug.'."


Itulah definisi perkataan yang diberikan di GM Dodge Pengajar Telegraph walaupun sebelum pemancaran radio. Definisi yang tidak pernah berubah dalam telegrafi wayar. Pengendali pertama wayarles telegraphers talian darat yang meninggalkan pejabat mereka untuk pergi ke laut dan operator radio stesen pantai. Mereka membawa bersama  bahasa mereka dan banyak tradisi profesion mereka yang lebih tua.


Pada hari-hari awal, pemancaran gelomgang radio setiap stesen diduduki panjang gelombang yang sama - atau, lebih tepat setiap stesen menduduki keseluruhan spektrum dengan isyarat pemancaran yang luas. Stesen kerajaan, kapal, stesen pantai dan pengendali semakin banyak radio amatur semua bertanding untuk masa dan  isyarat dalam penerimaan antara satu sama lain. Banyak stesen amatur yang sangat berkuasa. Dua amatur, bekerja seluruh bandar, berkesan boleh jem semua operator lain di kawasan itu. Apabila ini berlaku,  pengendali komersial kecewa apabila memanggil kapal yang lemah isyarat .Isyarat yang lemah telah hapuskan keluar oleh isyarat amatur dan mereka  berkata "OM SRI MEREKA # & $! @ Hams ADALAH jamming ANDA."

 Amatur, mungkin tidak biasa dengan makna sebenar istilah, mengambilnya dan digunakan untuk diri mereka sendiri dalam benar "Yankee Doodle" fesyen dan memakai dengan kebanggaan. Dari tahun ke setahun, makna asal telah hilang sepenuhnya.
Dipetik dari fail (Radio amatur Malaysia)
Suka • Ikuti kiriman

Selamat Petang @ selamat malam?


 selamat petang, selamat malam?

Sebenarnya, sudah lama jugak perasan tentang penggunaan ucapan 'selamat petang' dan 'selamat malam'. Masa mula-mula masuk kolej, masih lagi kedengaran orang cakap selamat malam bila ada perjumpaan pada waktu malam. Nak-nak duduk kolej, kompom tiap-tiap malam mengalahkan menteri ada je meeting. Ntah apa sangat yang nak dibincangkan pun tak tahulah. Minta maaf bebanyaklah, aku tak suka masuk meeting.
Sekarang, dah macam satu trend pulak sebut selamat petang bila ada event kolej, ada meeting even meeting floor! Penggunaan selamat petang itu dah diselaraskan rasanya, aku teka.
Bagi orang bahasa seperti aku  agak kurang senang dengan penggunaan yang mereka gunakan sekarang. Adakah mereka terlalu taksub dengan bahasa Inggeris? Sebab, orang putih gunakan good evening sampai pukul 3,4 pagi. Bagi mereka, good night hanya untuk ucapan masuk tidur.

Konteks penggunaan bahasa Melayu adalah mengikut masa, mengikut keadaan. Untuk konteks ucapan, kita lebih menggunakan konsep masa. Contoh, untuk selamat pagi bermula dari pagi sampai 11.59 pagi. Selamat tengahari bermula dari 12.00 tengahari sampailah pukul 1.59 tengahari. Untuk ucapan selamat petang, pukul 2.00 sampai pukul sampai pukul 6.59 petang. Penggunaan selamat malam mengikut hukum BM adalah bermula dari pukul 7.00 malam sehingga 12.59 malam. Dan malam itu juga bermaksud hari sudah gelap dan bila dah senja selalu mak kita cakap, "Hari dah gelap, copek bukak lampu, tutup tingkap." Jadi, selamat malam memanglah digunakan pada waktu malam, bukan waktu petang.

Bahasa Melayu adalah bahasa yang sangat fleksibel, boleh bertukar bila-bila masa sekiranya penggunaan bahasa itu diterima ramai. Namun, kebanyakan pengguna bahasa selalunya mengamalkan bahasa yang salah dan yang betul itu dikatakan salah. Mungkin tak ada yang perasan atau nak amik tahu pun pentingnya penggunaan bahasa yang betul. Kalau pukul 8.00 malam meeting dan pengerusi cakap selamat petang, silalah betulkan.

                       “Betulkan yang biasa
                         Biasakan yang betul”

                                                                                           


                                                                                           



Tuesday, August 17, 2010

SWR & SWL

Radio gelombang pendek(SWR) adalah jalur gelombang radio yang mempunyai ramai pendengar(SWL)tersendiri sejak dahulu hingga kini.Gelombang radio ini dapat dipancar dan diakses dimerata pelusuk negara. Meskipun teknologi radio semakin canggih namun jalur ini tetap menjadi pilihan kebanyakan stesen radio menghebahkan informasi merentasi sempadan negara,walaupun kualiti audionya tidak sebaik mode FM/FM stereo.DiMalaysia juga setesen RTM masih lagi memancarkan siaran nasionalnya keluar negara melalui jalur 49m.Kebanyakan masih lagi memancarkan siaran dalam bahasa melayu dan bahasa Indonesia. Siaran yang dapat diakses buat masa ini ialah: Russia,Jepun,China,Korea Selatan,Guam,Belanda German,Autralia,New Zealand,Voice of America,Arab Saudi. Setesen radio tersebut boleh diakses pada jalur 16m,25m,31m.Siaran bermula antara jam 6.30am hingga 11.00am waktu malaysia.Penulis berasa teruja dengan hobi ini kerana mendapat rakan yang mempunyai minat yang sama dalam aktiviti SWR ini. 9W2BMS saudara Bakri dari Sik seorang yang gemar mengumpul radio lama.Sememangnya penulis cukup fanatik dengan radio lama lebih lagi radio yang beropersi menggunakan tube.Memang sukar diperolehi barangan tersebut pada masa ini.

Lebih mendapat perhatian lagi bila melayari kelab radio antik dari luar negara yang mana radio lama ini masih lagi beroperasi dalam keadaan baik.Sekiranya ada rakan di Malaysia ini yang mempunyai minat yang sama boleh menghantar info ke: farsiti506@gmail.com


Monday, March 8, 2010

10 pesanan Imam Shafie

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara: Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada. Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH Hak kpd kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan. Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah. Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak. Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat. Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH. Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Monday, March 1, 2010

Persahabatan

Maksud persahabatan bukanlah kerana hendak berkumpul-kumpul dan bercengkerama,untuk berenak-enak makan dan berpuas-puas minum. bukan berganti-ganti membayarkan harga makanan di warung kopi.Sebab kalau hanya demikian sifat persahabatan,maka tukang-tukang penyeluk saku, pencuri dan pembongkar barang kepunyaan orang lain,bukan main setia persahabatannya; sampai apabila seseorang tertangkap dan masuk penjara,maka yang tinggal itu yang membayar harga makanan untuk anak dan isterinya.

Maksud persahabatan ialah untuk sama-sama memperhaluskan tujuan hidup ,memperdekatkan antara satu jiwa dengan jiwa yang lain yang telah terdapat kesesuaian didalam satu perkara,sehingga dapat didamaikan didalam perkara yang belum cocok. Apabila terdapat kesalahan pada seorang musuh,orang berniat untuk melepaskan sakit hatinya kepada musuh itu dengan jalan membongkar-bongkar kesalahannya dan menghina-hinakannya.

Tetapi apabila terdapat kesalahan pada seorang teman,dapatlah dilakukan teguran dengan jalan yang terus terang dan jujur.Satu teguran daripada seorang sahabat yang setia,pada suatu kesalahan,orang tidak enggan mengubahnya dan surut daripadanya.Tetapi apabila seorang musuh datang menghina disebabkan satu kesalahan,kadang-kadang orang tetap mahu pada kesalahan itu,walaupun apa yang akan terjadi.Itulah sebabnya maka ahli-ahli fikir kerap pusing kepala melihat memikirkan kehidupan dunia ini.

Beberapa syarat untuk mengekalkan persahabatan mengikut cerdikpandai, supaya persahabatan kekal lama usianya sehingga badan hancur dikandung tanah.Hendaklah diketahui bahawa kita bersahabat dengan manusia,bukan malaikat tentu kesalahannya tetap ada padanya.Maka sekiranya mencari sahabat yang yang tidak ada salahnya,atau terus memutuskan persahabatan kerana terdapat padanya kesalahan,alamat didunia ini kita tidak akan mendapat sahabat. Para ilmuan juga berkata,bahawasanya persahabtan yang akan kekal ialah jika kedua belah pihak sudi berkorban untuk yang lain,jangan sampai yang seorang sahaja yang senantiasa disuruh berkorban sedangkan yang seorang lagi tidak mahu.

Orang yang berakal tidak mahu berkawan dengan orang yang rendah budi,sebab orang yang rendah budi umpama ular.Badannya cantik tapi membelit,lidahnya halus tapi bercabang dua,kepalanya tidak runcing tetapi penuh berbisa.Dia masuk kerumah kita diam-diam.Bersahabat jangan kerana mengharapkan sesuatu.Jangan pula kerana takut kena apa-apa.Persahabatan orang budiman sesama budiman,tidak berkehendakan pada pertemuan setiap hari.Sebab ada orang yang bersahabat hanya bertemu sekali seumur hidup,dan ada pula yang tidak pernah bertemu selama-lamanya.